diary ? nie diary kan ? kenapa diary nie mcm tak private je ? diary kan secret . orang tak boleh baca la diary nie . mana boleh ! ta baik ! haissskkhh ! nok ! nie dairy yang ditulis dengan KEYBOARD la nok . bukan ditulis dengan PENSIL . bia la dorang nak baca . hang sibuk pasai apo ? takdo keno mngeno denagn hang laa . hang p jauh jauh . jangan kacau cek !
ceritera ku :)
April 29, 2011
my village
huyooo ! dapat balik kg . best wooo . kat kelantan tau . siapa nak ikut ? jom laaa . tapi pergi la sendiri ye . Puteri takde transport na ambik korang . heeee :B . semalam bertolak dari rumah pukul 8.45pm . ok la kan . tade la lambat sangat bertolak . kami balik kelantan ikut jalan Perak . tak jauh sangat kalau ikut Perak . kalau ikut Gua Musang , mahu 8 jam . berbanding Perak around 6hour laa . tak lama laa kan . huuuu . hurm , alhamdulillah , pukul 4 pagi tadi sampai kat kampung . seronok memang seronok sebab dapat bebas dan keluar dari kesesakan kota . ecehwahh ! ayat na gempak je kan . yang tak tahan bila balik kampung , time na mandi . air kan dari perigi so malam , siang , pagi , tengahari , petang airnya sejuk . kalau nak rasa mandi air perigi , jom laa datang kampung Puteri . best ! apa yang best kat Kelantan bila dapat shopping dekat Pengkalan Kubur n Pasar Siti Khadijah . banyak barang barang murah kat situ . Puteri suka beli bag , baju n tudung . datang la ye kat Kelantan kalau na tau . ok laaa . nanti Puteri update lagi ye sayang . love u blog <3
April 28, 2011
our healthy
saban hari di dada akhbar dan majalah , selalu membincangkan tentang kesihatan kita . malah ada juga sesetengah orang meninggal kerana disebabkan penyakit yang dihidapi nya . masalah sekarang , adakah cara pemakanan kita seimbang seiring dengan piramid makanan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan ? kita sebenarnya leka dan tidak mengambil berat tentang pemakanan seharian . asal makanan sedap je , habis di sapunya . langsung tak fikir akibat dan masalah yang akan timbul nanti . kita just tau sedap je . lagipun masyarakat di Malaysia sering mengabaikan kesihatan mereka . kalau da sakit , baru tau na berpantang . tapi bila tak sakit , semua na makan . sepatutnya kita pelu sedar sekarang bahawa pemakanan yang tak seimbang akan menjejaskan sistem imunisasi kita . contoh yang paling dekat ialah pelajar skola . mereka akan makan di kantin . dan makanan di kantin memang menu yang sama setiap hari specially nasi lemak n minuman berkabonat . tidak terfikirkah pengurus kantin tu yang makanan sedemikian akan menjejaskan tumpuan pelajar terhadap pembelajaran sewaktu di kelas nanti ? yang mereka tahu hanya lah keuntungan yang maksimum . itu lah motif mereka . sedikit pun tidak memikirkan masalah yang akan mendatang kepada para pelajar nanti . kita tahu yang nasi lemak akan membuatkan pelajar cepat rasa mengantuk dan juga melemahkan otak mereka untuk menerima sebarang rangsangan yang diberikan oleh guru guru . kita sebagai orang yang lebih tua dan lebih tau apa yang terbaik untuk mereka seharusnya cuba mengelak untuk menyediakan menu sedemikian . setiap hari pulak tu ada nasi lemak . ibu bapa juga sebenarnya memainkan peranan penting dalam memastikan anak anak sentiasa sihat dan ibu bapa juga perlu mendedahkan kepada anak anak mereka tentang pemakanan yang seimbang mengikut piramid makanan . kalau ibu bapa yang tidak memainkan peranan , siapa lagi ? tak kan na harap kan orang lain . anak sendiri pun tak boleh na beri nasihat . sedikit sebanyak akan mencerminkan peribadi ibu bapa . senaman juga penting untuk meningkatkan sistem imunisasi kita . jikalau ada waktu lapang , bawa lah anak anka bersenam . sekaligus akann merapatkan hubungan anak dan ibu bapa . jangan asyik sibuk bekrja sehinggan kan kesihatan anak anak tidak di ambil peduli . marilah kita renungkan bersama supaya masayarakat Malaysia bebas daripada sebarang penyakit dan makan lah makanan yang seimbang seiring dengan piramid makanan yang telah di tetapkan oleh Kementerian Kesihatan .
April 27, 2011
interview UITM
hari selasa , 12 april , Mummy dapat message dari 15888 . dalam message tu cakap suruh cek interview untuk kos yang kita ambik time isi upu . sebelum isi upu , tatau pulak ada certain kos yang kena interview n ada certain tak payah interview . kuno sungguh . malam tu terus on internet n terus cek pasal interview tu . skali dapat pulak interview tu . interview tu untuk kos yang Puteri ambik time isi upu . kos town and regional planning . tau tak kos tu ? dalam bahasa melayu di panggil kos perancangan bandar dan wilayah . untuk merancang bandar supaya lebih baik laa . macam tu la lebih kurang kannnn . pada tanggal 16 april 2010 , Puteri pergi interview di UITM Shah Alam untuk kos yang Puteri ambik laa . cehh ! ayat na gempak je kan . apa laa ! dalam surat interview tu tulis , masa pendaftaran pukul 8.30 pagi . Puteri bertolak dari rumah pukul 7.30 pagi . sampai dekat UITM tu dalam pukul 8.15 pagi macam tu laa . time na pergi daftar dekat kaunter dia , tengok tengok kos yang Puteri na ambik nie just ada dua orang je yang daftar termasuk Puteri . ingat kan tak ramai . urusetia tu cakap masuk kat pintu depan dan tunggu bawah khemah . dengan bangganya Puteri berjalan masuk fakulti Senibina Perancangan dan Ukur . sampai je dekat khemah yang urusetia bgtau tadi , terkejut tahap dewa da sebab ramai gila orang n time tu jugak dorang da mula bergerak . tatau la bergerak na pergi mana . da panik gila daa . nasib baik urusetia yang jaga kat depan pintu tu cakap, masuk n ikut je dorang . dengan muka bodoh n kepanikan , main ikut je . jalan punya jalan , rupanya na pergi dewan kuliah . na kena exam drawing time . lagi laa panik . da laa melukis mcm ntah pape , suruh melukis pulak . briefing pulak langsung ta sempat nak dengar . geram je time tu . time kat dewan kuliah tu , dia terangkan la serba sedikit pasal interview and ujian draawing tu . dia cakap , keputusan interview akan keluar minggu kedua bulan 5 . then maybe untuk interview kos yang kita dapat hari nie , ta semestinya surat tawaran akan sama dengan kos yang pergi interview . maybe dapat kos lain ke . just berdoa and selawat banyak banyak . lepas dia terangkan serba sedikit , ujian drawing bermula . 1jam je . time melukis tu , memang da ta rasa malau pape pun . memnag khusyuk gila . lagipun first time masuk dewan kuliah , rasa macam da belajar dekatt universiti daa . heee :B . lepas tamat ujian tu , kami dibawa ke bilik interview masing masing laa . lain kos , lain tempat interview . kos yang Puteri na ambik nie , just ada 25 orang je untuk first session . 5 permpuan dan 20 oarang lelaki . yang paling ta bestnya , 4 orang perempuan dapat number interview dari 1-4 . Puteri dapat number 21 . kiri kanan pulak lelaki . lagi laa rasa macam na menjerit je kat situ . haiisskkhh ! bayangkan , 2jam setengah tunggu untuk orang yang number 21 . dengan ta makan apanya , pergi jugak interview tu . memang lapar tahap raja da nie . tiba je turn Puteri , Puteri dapat interviewvers lelaki . da berumur la sikit . ok la tu kan . kalau dapat perempuan , mesti banyak sonyeh . pape pun Puteri bersyukur sanagt sebab interview tu taade la susah sangat . lepas dia tengok sijil n slip keputusan spm . dia tanya laa soalan . patu dia tau Puteri nie orang Kelantan , dia suruh Puteri cakap Kelantan . rasa macam lain mcm je . nie kan formal , takan na cakap mcm tu pulak . Puteri still cakap mcm biasa . tetibe dia suruh Puteri cakap dala loghat Kelantan . cakap je laa . da dia suruh . na buat mcm mana ? time last na kuar bilik tu , dia cakap "tunggu surat panggilan daripada kami" . time tu memang da berharap sangat sangat kat kos tu . harap sangat dapat . memang Puteri na sangat laa kos tu . sekarang nie memang berdoa n serah segala urusan pada ALLAH . hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untu hambanya .
April 26, 2011
shawl and pashmina
about 3weeks ago , Puteri pergi Jusco Bukit Tinggi kat Klang . Jusco tu besar gila . kalau ta yang pergi sana boleh sesat tau . hahh ! kalau da sesat , pandai pandai laa cari jalan kuar ye . kalau tatau jugak , jerit ye . ahaha ! kalau da pergi Jusco Bukit Tinggi , ta sah kalau pergi Bazar GM . kat Bazar GM tu macam macam ada tau . apa yang korang na , semua ada kat situ . dengan syarat ada duit je , sume jalan okea . ahah ! bila Puteri da masuk Bazar GM , start la rambang mata . semua na . itu na , ini na . haisskkhh ! boleh pokai nie . ahha ! maklum laa , barang kat situ murah murah . berpatutan gitu . heee :B . bila da jalan jalan , jumpa la satu kedai nie . kedai tu jual brush untuk shawl . pelbagai bentuk . bentuk ribbon ada , love ada , n macam macam lagi laa . Puteri da mula na menghabiskan duit . Puteri beli je brush yang Puteri rasa cantik . memang da pening na pilih sebab cantik sanagt . dengan tak fikir apanya , tangan nie cepat je na capai . langsung da ta fikir pasal duit . lagipun brush tu murah . kalau korang pergi pun , mesti korang terlebih rambang mata jugak kan ? ahah ! haisskkhh . apa na jadi . pilih ppunya pilih , Puteri beli sampai 20piece brush tau . 10piece bentuk ribbon n 10piece lagi bentuk bunga . pelbagai warna Puteri beli . siapa suruh brush tu cantik sangat kan ? kaan Puteri da borong sakan . tapi kalau tak cantik , tade siapa na beli pulak kan . heeee :B . da start na menyentap da nie . ahhaah ! lepas da beli brush tu , Puteri jalan jalan lagi . pusing sana , pusing sini , pusing atas , pusing bawah , pusing kanan , pusing kiri . brape banyak pusing daaa ? ahahah ! Puteri terjumpa la satu kedai yang jual shawl . memang murah gila . ada certain shawl yang harga dia rm1.50 . murah gila kan ? pilih punya pilih , beli dua je . heee :B . lepas da penat berpusingan kat situ , Puteri balik laa rumah . tetiba pulak dapat idea na buat bisnes shawl . mesti laku sebab kalau beli dekat pasar , mahal . so kalau Puteri amnik dengan supplier dekat Bazar Gm tu , mesti dapat murah n Puteri pun akan jual murah laa . yang paling mengecewakan , no supplier tu ta ambik pun sebab bila da smapai rumah baru terfikir pasal tu . haaiisskkh ! sampai sekarang still ada cita cita na buat bisness shawl . online shopping lagi n sekarang nie pun still tengah mencari supplier shawl . mostly suppllier shawl nie , semmua nya macam cekik darah je . macam mana nie ? takan na biar kan mcm tu je . memang tengah kebulur na cari supplier . sesiapaa yang tahu supplier shawl , boleh laa bagi contact number dekat Puteri ye . SUPPLIER NEEDED . :))
April 25, 2011
tired
hah ! da dua hari da ta update blog . penat sangat . sampai ta sempat na update blog . maklum laa , banyak keje walaupun ta keje . heeee :B . hari jumaat kan buat makan makan untuk pengawas tingkatan 5 tahun lepas . busy laa sikit . na masak la , itu la ini laa . menu hari tu tade la special sangat tapi okea laaa . just masak makaroni goreng , triefle , salad n mushroom soup . terkejut jugak la bila tengok dorang nie makan lagi lagi lelaki . macam ikan "pirana" . ahah ! main tambah je . makan banyak pulak tu . haisskkhh ! tape laa . berbaloi laa masak kan . masak penat penat tapi dorang makan banyak . okea la tu . puas rasanya . majlis tu start pukul 5 . hujan pulak time tu . nasib ta lebat . kalau lebat , mesti ramai yang ta datang . ramai jugak yang datang . sampai kena tambah makanan sebab ta cukup . tape laa . dalam pukul 7 , dorang da mula balik sebab hujan . nanti kalau hujan tu lebat , bermalam pulak kang dorang kat rumah . lepas tu , da mula na berkemas . cuci mangkuk mangkuk , mop lantai dan buat apa yang patut . penat memang penat tapi seronok laa . keesokan harinya , penat tak hilang lagi . lepas mandi n masak untuk Danish , Puteri boleh pulak pulak terlelap . sedar sedar da petang . lamanya tidur . naik laa berat badan mcm nie . haisskkhh ! ppetang tu pulak pergi pasar dgn Mummy , Papa , dan Danish . beli laksa . teringin na makan laksa . bukan teringin tapi memang suka makan laksa . na buat macam mana kan ? da suka so makan je laa . lagipun ptri suka makan makanan yang bersup nie . best ! da lepas makan tu , mndi n solat . lepas solat , Puteri baring baring depan tv Danish . tatau bila n mcm bole terlelap kat depan tv . da la siang tidur sampai petang , malam pulak tidur . kesian kat "mysweetheart" :) . langsung kat text dia . merajuk dia . ahaha ! merajuk mcm perempuan . lawak je . bengang la kot dgn Puteri kot . ahah ! hari ahad pulak , kua shopping . pagi pagi lagi da kuar . best memang best . kepenatn terus hilang kalau da shopping . ahaha ! mgrib baru sampai rumah . malam pulak tengok tv . my tade life je . ahah ! tape la . asalkan shopping , sume keje jadi . heeee :B
April 22, 2011
we meet again
tak sabar rasanya nak tunggu pukul 5 hari nie . nak berkumpul semula dengan mereka semua . rindu dekat mereka . rindu nak bergelak ketawa sama sama . rindu nak tengok muka mereka yang dah matured . heee :B ! apa laa agaknya mereka buat skrg setelah tamat persekolahan . kerja ? mostly dari mereka kerja . nak tambah pengalaman . Puteri je yang tanam anggur setiap hari kat rumah . yan peliknya , kenapa anggur tu tak pernah berbuah ye ? haiisskkkhh ! pelik bebenor nie . da sakit otak memikirkan tentang anggur itu . hari sebenarnya ada buat makan makan sikit . untuk badan pengawas batch form 5 , 2010 . tade la ramai sgt . dalam 25 orang je pngwasnya . semalaman da siap kan bahan bahan untuk memasak hari nie . Puteri da memotong n mencincang sesuka hati Puteri dah semalam . so kalau sedap , jangan cakap nak lagi ye sebab dah lupa dah teknik memotong n mencincang sesuka hati tu . ahah ! masak apa ? mana boleh bgtau . rahsia wilayah tau ! cehh wahh ! mentang mentang la apply kos perancangan bandar dan wilayah , sibuk pulak nak masuk kan perkataan wilayah tu ! haiisshkk ! nak cite pasal masakan Mummy nie . Mummy punya masakan , memang best habis laa specially spagetti . betul ke ejaan mcm tu ? ntah laa . lantak laa . ada aku kisah ? ahah ! kalau dah menghadap Mummy punya spagetti , memang tak makan dah makanan lain . memang makan yang tu je . sedap sangat . nak tau rahsia masakan Mummy sedap ? ahah ! Mummy masak denagn penuh KASIH SAYANG . sebab tu laa sedap . heeee :B . jadi untuk badan pengws , jangan lupa datnag hari nie ye . rindu nak jumpa korang semua . rindu nak marah budak budak yang tak dengar cakap nie . haiisskkhh ! miss the moment laa . hope semua dapat datanga ye . rindu kat korang . entah kali yang ke berapa dah Puteri cakap "rindu kat korang" ahah ! saja nak sentap sentap sikit ye . tak perlu la nak jeles kan ! terpaksa bgtau skg sbb nanti dah ta sempat nak update . mesti usy nak masak . ecehhwahh ! persoalanya skg , MASAK KE ? ahah !
April 21, 2011
Fasilitator
Haiskkhh ! sejak habis skola nie . da tade benda nak buat . hurm , nak cite nie . awal bulan 1 hari tu, kalau tak silap 3 Januari Puteri keje . keje laa ! ingat tak keje ke ? ingat menghabis 'boreh' je ke kat rumah ? keje okea . keje dekat pusat tuisyen . pusat tuisyen mana ? takpayah tau laa . tuisyen tu BAGUS sangat laa . heee :B . secara kebetulan , owner pusat tuisyen tu buat Consultant . so bila hari minggu je , Puteri kena jadi fasilitator . fasilitator ? tatau ke fasilitator tu apa ? nanti cari la dalam kitab ye . pandai pandai laa hidup . hurm , berbalik kepada cerita tadi . takde la slalu pergi jadi fesi sebab hari sabtu Puteri kena keja . program dorang hari Sabtu dan Ahad . so kalau takde budak tuisyen , baru lah boleh ikut . kalau tak , tak boleh . nanti siapa na uruskan budak budak kat tuisyen tu . first time jadi fasi , pengurus tu hantar dekat Ulu Yam . skali dengan kakak UITM Puncak Alam n sorang budak lelaki lepasan SPM . budak skola kalng tapi dia n family tinggal kat Puncak Alam . hari tu Puteri pergi la dengan Kak Lisa , Kak Amal n Iman . kononnya tau jalan nak pergi ulu yam . kami redah semua jalan yang kami nampak walaupun kami nie tak rabun . main redah je . skali sesat . terpaksa berhenti dekat balai polis untuk tanya jalan . tapi kan ? ada ke orang tanya jalan kat balia polis ? pelik bin ajaib tak ? ahaha ! lepas dah dapat information pasal jalan yang nak g ulu yam , kami redah lagi jalan jalan yang ada di hadapan kami . semua hutanbelantara, gunung ganang , bukit buku , lautan lautan kami masuk . akhirnya setelah berpenat lelah meredah redah , kami jumpa jugak KEM LAMAN BESTARI , ULU YAM . bila masuk je kem tu , woooww ! memang cantik habis . air sungainya jernih sangat . dek kerana kepenatan , kami berehat dulu sementara mununggu budak budak skola IQKL . skola private nok ! jangan main main . dorang nie budak tahfiz . yang perempuan tudung labuh sangat . yang lelaki pakai ketayap je . okea la budak budak nya . happening sangat . best best ! kalau cakap pasal makan, toksah cakap ye . bukan makan lagi dah tapi melantak habis . haisskkhh ! bertambah lagi berat badan yang dah sedia bertambah saban hari . ahaha ! tu lah pengalaman first time jadi fesi . best memang best tapi yang tak tahan bila kena buat nite walk . hak tu la yang lemah sikit sebab budak perempuan bermacam macam alasan dorang bagi . datang bulan la , sakit kaki la , sakit mata laa , tak sihat laa . alsan untuk mengelak kan diri dari join nite walk . taku la tu ! ahaha ! mana taknya . pukul 12 malam buat nitte walk . siapa tak taukut . fesi fesi nie pun laagi la takut sebab risau terjadi pape . yang paling menyedih kan time nie bila sorang daripada mereka terima pnggilan bahawa family dia accident dekat melaka . kalau tak silap , semua ahli keluarga dia cedera parah dan terpakasa di masukkan ke dalam bilik kecemasan . ASTAGFIRULLAHALAZIM . kesian budak tu . sabar ye dik ! ada hikmah dissebalik kejadian yang berlaku . ALLAH dah tentu kan semuanya . harap family awak takda pape yang serius . hurm , dah penat dah tanfgan menulis nie . even menaip tapi penat jugak kan ? ahah ! okea okea . jangan lupa baca . jadi followers skali . insaAllah akan slalu di update kan ye . jangan risau .